fbpx

Abdul Azeez gagal batal 13 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Azeez

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan 13 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa semua pertuduhan yang dikemukakan adalah sempurna manakala pendakwaan terhadapnya dibuat berlandaskan undang-undang.

“Mahkamah turut berpuas hati bahawa pihak Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan manakala pemohon gagal membuktikan bahawa pertuduhan terhadapnya berniat jahat (mala fide),” katanya.

Dengan keputusan Mahkamah Tinggi itu,  sehubungan perbicaraan terhadap Abdul Azeez dijadual pada Isnin ini diteruskan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi.

Ahli Parlimen Baling itu menghadapi sejumlah 13 pertuduhan berkaitan projek pembinaan lebuh raya dan naik taraf jalan raya di Kedah dan Perak iaitu melibatkan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta dan 10 pertuduhan penggubahan wang haram.

Pertuduhan rasuah itu didakwa dilakukan di Bank CIMB cawangan Menara UAB, Jalan Tun Perak, di sini pada 8 Disember 2010, dan di Affin Bank Berhad, Setiawalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, Selangor pada 13 Jun 2017 dan 10 April 2018.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdul Azeez didakwa melakukan kesalahan itu di Lembah Klang antara 8 Mac 2010 dan 30 Ogos 2018. – K! ONlLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI