fbpx

Pelajar sekolah di Nagasaki wajib pakai pakaian dalam putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERATURAN yang hanya membenarkan pakaian dalam berwarna putih telah lama wujud di kebanyakan sekolah di Jepun – PAKUTASO

TOKYO – Sekolah-sekolah di Jepun sangat cerewet tentang penampilan pelajar dan contoh paling jelas adalah kod pakaian yang hanya membenarkan pakaian dalam berwarna putih, lapor portal Japan Today semalam.

Biarpun undang-undang itu tidak terpakai di semua sekolah, ia masih wujud di sesetengah institusi pendidikan di Jepun. Kajian oleh Lembaga Pendidikan Nagasaki mendapati peraturan itu dianggap biasa di sekolah menengah dan rendah awam di wilayah itu.

Daripada 238 sekolah yang diperiksa, sejumlah 138 atau 58 peratus sekolah terbabit menyenaraikan seluar dalam putih sebagai mandatori dalam kod pakaian seragam .

Jumlah itu mungkin menurun dalam masa terdekat kerana Lembaga Pendidikan Nagasaki berpendapat peraturan itu akan mengakibat pengurusan sekolah terdedah kepada aduan pelanggaran hak pelajar.

Namun baru-baru ini, sebuah mahkamah daerah di Jepun membenarkan pihak sekolah melarang pelajar mewarnakan rambut demi mengekalkan disiplin sekali gus memberi isyarat bahawa institusi pendidikan tidak perlu bimbang tentang peraturan menentukan warna pakaian dalam pelajar dicabar.

Di beberapa buah sekolah, guru akan melakukan pemeriksaan berkala dengan menarik tali bra pelajar melalui kolar baju untuk memeriksa warnanya.

Seorang gadis dari sekolah menengah di Nagasaki melaporkan bahawa seorang guru wanita akan masuk ke bilik persalinan sementara ketika mereka menukar baju untuk kelas pendidikan jasmani bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi.

“Sekolah yang mempunyai peraturan tentang pakaian dalam putih pada umumnya sudah lama berlaku.

“Oleh kerana kepercayaan mengenai hak individu telah berubah, sekolah perlu mengkaji semula polisi mereka secara aktif,” kata jurucakap Jabatan Pendidikan Nagasaki dalam satu kenyataan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI