fbpx

Kehidupan beruang kutub jadi bahan pameran hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kehidupan beruang kutub yang diletakkan dalam hotel ini boleh disaksikan dari dinding-dinding kaca dalam bilik hotel- Agensi

BEIJING-Sebuah hotel yang menjadikan kehidupan beruang kutub sebagai pameran melalui dinding kaca akan memulakan operasinya minggu depan.

Hotel seumpama itu adalah yang pertama di dunia terletak di Harbin Polar Land, wilayah Heilongjiang, timur laut China.

Hotel bernilai £11 juta (RM62.9 juta) itu dikatakan bakal meyajikan satu pengalaman berbeza apabila pengunjungnya berpeluang tinggal ‘berjiran’ dengan beruang kutub sepanjang hari.

Beruang kutub yang dipamerkan boleh dilihat melalui mana-mana dinding kaca yang ada dalam bilik hotel.

Begitupun, Presiden Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) Asia yang menentang idea itu menyeru orang ramai untuk tidak menginap di hotel berkenaan.

“PETA menyeru orang ramai untuk tidak sesekali menginap di hotel itu yang mengaut untung daripada kesengsaraan haiwan,” katanya seperti dilapor akhbar The Sun.

Tambah Baker, habitat beruang kutub ialah di kutub, bukan di zoo atau bilik gelas kaca, apatah lagi di dalam hotel.

“Industri akuarium yang rakus mengeksploitasi haiwan sosial serta menafikan keperluan semula jadi mereka yang lebih penting,” tambahnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI