fbpx

Anastasia sasaran lelaki hidung belang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANASTASIA PRADITHA

PENGACARA dan juga pembaca berita popular seberang, Anastasia Praditha mengaku pernah mendapat beberapa tawaran untuk mengacarakan majlis tertutup, sekali gus diajak melakukan aktiviti tidak senonoh dengan lelaki hidung belang.

Bagaimanapun, pengacara tinggi lampai itu menolak tawaran tersebut kerana berasakan perbuatan sebegitu salah dan tidak wajar dilakukan.

“Saya pernah ditawarkan untuk mengacara sebuah majlis tertutup di sebuah pulau. Kemudian saya ditawarkan untuk melakukan sesuatu yang tidak wajar.

“Kerana berasa tidak selesa, saya menolak tawaran tersebut walaupun dibayar dengan jumlah yang lumayan,” katanya seperti dipetik daripada Detik.com.

Bahkan, Anastasia juga mengaku sering diundang golongan kenamaan sebagai peneman di meja makan malam dan atau berbelanja barangan mewah.

“Kadang-kadang saya akan diganggu jika pelawaan mereka ditolak sampai runsing saya dibuatnya,” ujar Anastasia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI