fbpx
Keratan Kosmo! semalam

Banyak kedai tomyam gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Peniaga kedai tomyam berdepan penutupan operasi kedai makan selepas kehilangan tukang masak tulen dari Thailand yang pulang ke negara asal akibat impak ekonomi ekoran penularan Covid-19.

Pengerusi Persatuan Peniaga Tomyam Melayu Johor Bahru, Mustapha Ismail berkata, ramai peniaga terpaksa menutup kedai makan akibat ketiadaan tukang masak dan pekerja warga Thailand.

“Setakat ini, lebih 60 kedai makan di Johor Bahru terpaksa menutup operasi perniagaan mereka selepas pekerja dan tukang masak warga Thailand pulang ke negara asal.

“Keistimewaan tukang masak dari Thailand ini sukar diganti dengan pekerja tempatan kerana mereka mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan makanan terutamanya tomyam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

keenakan tomyam hasil air tangan tukang masak tulen warga Thailand membuatkan masakan itu menjadi buruan penggemarnya.

Sementara itu, seorang peniaga kedai tomyam di Cheras, Kuala Lumpur yang mahu dikenali sebagai Ahmad turut meluahkan perasaan sama dalam mencari tukang masak warga Thailand.

“Saya percaya kebanyakan peniaga menghadapi kesukaran seperti saya dalam mencari tukang masak dari Thailand.

Ketiadaan tukang masak dari negara jiran ini menjejaskan perniagaan dan ada peniaga yang terpaksa menutup kedai akibat kerugian.

“Pelanggan juga pandai menilai, mereka tahu masakan itu dimasak oleh tukang masak warga Thailand ataupun tidak. Ini menyebabkan banyak pe­langgan mencari kedai lain bagi menikmati juadah tomyam asli yang dimasak sendiri tukang masak warga Thailand,” ujarnya.-K! ONLINE

POPULAR