fbpx

Tembak isteri: JKM tunggu laporan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada warga emas Azizah Omar (dua dari kiri) sambil Mohamad (kanan) ketika melawat dan menyampaikan sumbangan di Kempas Baru, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri perlu menunggu laporan siasatan polis selesai sebelum memulakan proses memohon hak penjagaan dua anak kepada wanita yang dibunuh kejam oleh suaminya dalam kejadian di Taman Saujana, Kota Tinggi pada 1 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Zaiton Ismail berkata, buat ketika ini, kedua anak lelaki mangsa berusia tiga dan empat tahun dijaga oleh ibu saudara mereka.

Jelasnya, kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis dan JKM memerlukan laporan penuh untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menentukan pihak yang layak mendapat hak penjagaan.

“Permohonan tersebut nanti akan menentukan siapa yang mempunyai hak untuk menjaga dua kanak-kanak tersebut sama ada keluarga sebelah ibu atau keluarga sebelah bapa.

“Ketika ini dua kanak-kanak tersebut tinggal dan dijaga ibu saudaranya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyerahkan bantuan kepada ibu tunggal, Azizah Omar, 70, di rumahnya di Kampung Kempas Baru, Kempas, Johor Bahru.

Hadir sama Pengarah JKM negeri, Mohamad Hapil.

Terdahulu, Zaiton melawat Rumah Perlindungan Wanita Kempas dan rumah pasangan mualaf warga emas di Jalan Banjaran 10, Kempas Baru di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi 1 Mac lalu, mangsa yang bekerja sebagai kerani swasta ditembak pada bahagian dada ketika sedang tidur di rumahnya di Taman Saujana, Kota Tinggi dekat sini.

Lebih tragis mayat mangsa disumbat dalam tong air sebelum ditanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kira-kira 30 kilometer daripada kediaman mereka. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI