fbpx

SRG produk ajaib buat Herba Prisma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Platform PKS

PETALING JAYA – Bermula de­ngan produk SRG Massage Gel (SRG) yang diperkenalkan bermula tahun 2018, pengasas syarikat VB Prisma Sdn. Bhd. (Herba Prisma), Zurean Azuan Zulkifli tidak menoleh ke belakang lagi untuk menerajui empayar perniagaannya.

Keluh kesah, sepak terajang, hina duka, ria tawa yang dialaminya sejak enam tahun sebelum itu turut dikongsi dengan pengasas bersama syarikat, Wirawati Che Mi untuk menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan.

Kegagalan membuatkan me­reka bangkit semula dan memperjudikan nasib melalui pengenalan SRG pada tahun 2018 yang memberi tumpuan terhadap pe­langgan yang me­ngalami masalah sakit otot, lutut, sendi dan pinggang yang mana ia me­rupakan penyakit biasa dialami pelanggan berusia lebih 40 tahun.

Sentuhan mereka ternyata menjadi dan SRG dianggap sebagai ‘produk ajaib’ kerana sejak mula dilancar dan sehingga kini, sambutan terhadap produk berkenaan sangat menggalakkan dengan catatan jualan lebih da­ripada 10,000 sebulan.

“Testimoni positif yang di­terima telah menguatkan harapan kami untuk terus berinovatif dan menambah baik produk bagi memenuhi permintaan pe­langgan membantu mengatasi masalah kesihatan yang dihadapi.

“Mela­lui­nya, kami kini memiliki pangkalan data lebih daripada 70,000 pelanggan.

“Tetapi hanya 5,000 pelanggan daripada kumpulan tersebut dipilih untuk memudahkan kami membuat kaji selidik bagi pelaksanaan kajian dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan produk baharu masa depan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Zurean Azuan menjelaskan, berdasarkan keputusan daripada kaji selidik, pertanyaan dan permintaan pelanggan, Herba Prisma kini bakal mengeluarkan produk baharu berasaskan daun bidara.

Tambah beliau, keunikan produk baha­runya ber­banding pesaing lain ialah menggunakan tiga kali ganda pati daun bidara di dalam produk keluarannya serta dicampur dengan minyak kayu putih.

“Kombinasi pati daun bidara dan minyak kayu putih akan mempercepatkan lagi resapanminyak ke dalam bahagian badan yang disapu dengan produk berkenaan.

“Lebih daripada enam bulan kami menjalankan R&D dengan melibatkan lebih 200 pelanggan awal untuk mencubanya dan ia berkesan membantu masalah mereka,” jelasnya.

Beliau menerangkan, produk baharunya kini terdiri daripada SRG Bidara, massage oil bidara, mandian bidara bersama garam bukit, balm bidara dan pencuci muka bidara yang dijual antara RM29 hingga RM250.

Lebih menarik, syarikat akan menawarkan jualan promosi yang terdiri daripada mandian, balm dan pencuci muka dalam satu pakej harga yang dimasukkan dalam satu beg eksklusif pada harga menarik bermula 19 Mac ini.

“Kami hanya menawarkan 1,000 set dalam waktu terhad dan buat masa ini, promosi awal sedang agresif dilakukan di media sosial untuk menarik perhatian pelanggan sedia ada serta baharu,” jelasnya.

Selain itu, Wi­rawati memberita­hu, sei­ring de­ngan pengenalan produk baharu tersebut, syarikat akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan baharu untuk menjadi pengedar syarikat di seluruh negara.

Menurut beliau, sebelum ini, syarikat yang terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah itu hanya mengendalikan transaksi jualan melalui kumpulan pengedarnya di ibu pejabat tanpa menggunakan khidmat ejen atau stokis.

“Kami memberi peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar bagi menambah pendapatan bulanan kerana produk sedia ada syarikat telah ada rekod testimoni dan memiliki pelanggan setia,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat me­ngunjurkan untuk memiliki 5,000 pengedar baharu dan dalam masa sama, ia bakal melonjakkan jualan untuk jangka masa panjang.

Bagi merealisasikan misi tersebut, syarikat telah me­nubuhkan Akademi VB Niaga untuk melatih mereka yang tiada pengalaman untuk mengoperasi perniagaan sendiri.

Syarikat akan melatih usahawan baharu mengenai ilmu berhubung produk keluaran, promosi dan pengurusan perniagaan dengan lebih sistematik.

“Kini adalah masa untuk kami bantu masyarakat di luar sana untuk berkongsi pengalaman dalam perniagaan yang telah kami lalui sebelum ini.

“Kami juga telah berjaya me­ngubah taraf hidup 20 kakita­ngan syarikat yang terlibat dalam bidang jualan produk.

“Komitmen dan kesetiaan terhadap syarikat membolehkan sebahagian daripada mereka yang hanya tamat pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia berjaya berdikari mengubah kehidupan keluarga dengan menjana pendapatan yang baik setiap bulan,” ujarnya.

Selain itu, Wirawati me­nerangkan, konsep bayar ketika menerima barangan yang ditempah (COD) dengan menggunakan khidmat sebuah syarikat penghantar telah melancarkan lagi perniagaan syarikat.

Katanya, lebih 50 peratus da­ripada jualannya disumbangkan daripada pelanggan yang memi­lih COD kerana sebahagian daripada mereka tinggal di kawasan kampung dan kurang arif menggunakan platform online untuk membuat pindahan bayaran.

“Ini memberi kepuasan kepada pelanggan dan kami sentiasa memper­tingkatkan perkhidmatan selepas jualan agar mereka puas hati,” ujarnya.