fbpx

Pengurus pemasaran korporat ditahan terima suapan RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Seorang pengurus pemasaran dan korporat sebuah pusat beli-belah ditahan hari ini selepas disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM100,000 bagi kontrak pembekalan hadiah di antara 2018 hingga 2019.

Sumber berkata, suspek wanita berusia 44 tahun ditahan kira-kira pukul 2.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Difahamkan, kontrak pembekalan hadiah kepada pusat beli belah tersebut bernilai kira-kira RM564,000.

“Suspek disyaki telah menerima rasuah berjumlah kira-kira lebih RM100,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat untuk mendapat kontrak pembekalan hadiah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk permohonan reman,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI