fbpx

Calon SPM maut jatuh PPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang pelajar sekolah ditemui maut dalam keadaan terlentang di kawasan pejalan kaki selepas dipercayai terjatuh dari bangunan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jinjang Utara awal pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang baru sahaja selesai menjalani Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Jumaat lalu tinggal di PPR Jinjang Selatan telah datang berjumpa rakannya di PPR Jinjang Utara itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira pukul 4 pagi membabitkan seorang remaja berusia dalam lingkungan 17 tahun.

“Siasatan telah dijalankan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan Balai Polis Jinjang. Mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan tidak bergerak di laluan pejalan kaki di bawah PPR tersebut.

“Hasil pemeriksaan, polis mendapati terdapat kesan cedera pada bahagian kepala mangsa dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam insiden terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala lumpur untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 0340482206 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI