fbpx

Ayam seludup diserah kepada Zoo Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saiful Yazan (kiri) menunjukkan ayam beku kepada Naim di Pejabat Maqis Rantau Panjang hari ini.

RANTAU PANJANG – Ayam sejuk beku seludup bernilai RM400,000 yang telah dilucutkan hak diserahkan kepada pihak Zoo Negara untuk dijadikan sebagai bekalan makanan kepada haiwan di situ.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), Saiful Yazan Alwi berkata, ayam itu adalah hasil rampasan yang dilakukan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) menerusi penugasan di kawasan sempadan.

Menurutnya, serahan tersebut dibuat bagi memastikan bekalan makanan di Zoo Negara sentiasa mencukupi.

“Ayam sejuk beku itu dirampas oleh pasukan keselamatan selepas ia cuba dibawa masuk secara haram dari negara jiran menggunakan pangkalan-pangkalan haram di sekitar tebing Sungai Golok di sini.

“Kebanyakan bahan mentah ini dibawa masuk tanpa dokumen seperti permit import yang sah daripada Maqis,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Ayam Beku Kepada Zoo Negara di Pejabat Maqis Rantau Panjang di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At dan Pengarah Zoologi dan Veterinar Zoo Negara, Dr. Naim Ramli.

Mengulas lanjut, Saiful Yazan memberitahu, setakat ini, pihaknya telah membuat empat serahan kepada Zoo Negara.

Dalam perkembangan lain, ujarnya, sebanyak 176,655 kilogram (kg) ayam sejuk beku melibatkan nilai RM1.4 juta telah dirampas oleh pasukan keselamatan yang bertugas di sempadan sepanjang tahun lalu. -K/ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI