fbpx

Harimau Kumbang Ulu Nuri, Johol telah dilepaskan -Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perlepasan Harimau Kumbang yang dikongsi Perhilitan hari ini.

PETALING JAYA – Harimau Kumbang yang ditangkap pada Rabu lalu selepas memasuki sebuah perangkap di Kampung Ulu Nuri, Johol, Negeri Sembilan telah dilepaskan ke habitat asalnya hari ini.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, haiwan yang sebelum ini menjadi ancaman kepada penduduk sekitar kampung itu telah dilepaskan ke kawasan seliaan pihaknya.

Kosmo! Online pada Rabu lalu melaporkan, harimau kumbang berkenaan ditangkap selepas pihak Perhilitan menerima aduan daripada penduduk kampung pada 22 Februari lalu.

Pemeriksaan kesihatan ke atas haiwan itu mendapati ia berada dalam keadaan sihat.

Operasi tangkapan itu melibatkan kakitangan daripada Perhilitan Daerah Gemas, Perhilitan Daerah Jempol dan Perhilitan Negeri Sembilan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI