fbpx
Disneyland California merupakan antara taman hiburan yang dibenarkan dibuka semula pada 1 April ini setelah mendapat kebenaran jabatan kesihatan negeri. - AFP

Disneyland bakal dibuka semula April ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES – California melonggarkan syarat pembukaan semula taman tema Disneyland, taman  tema lain dan juga stadium untuk kembali beroperasi lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan. 

Keputusan tersebut diumumkan kelmarin dan dibuat selepas Amerika Syarikat mencatat penurunan ketara kes   kes Covid-19 di samping desakan berbuat demikian oleh pengusaha-pengusaha taman tema. 

Langkah yang diumumkan jabatan kesihatan negeri itu bakal menyaksikan pussat tarikan mega termasuk Disneyland, Magic Mountains dan Universal Studios dibuka semula seawal 1 April depan bergantung kepada situasi semasa dan dengan kapasiti yang lebih kecil. 

Setiausaha perkhidmatan kesihatan dan kemanusiaan negeri itu, Mark Ghaly berkata,  langkah tersebut akan memberi peluang kepada lebih banyak aktiviti luar untuk dijalankan dengan selamat. 

“California akan perlahan-lahan membenarkan lebih banyak aktiviti terutamanya aktiviti luar dengan pemakaian pelitup muka yang konsisten,” jelasnya dalam satu kenyataan. 

Taman-taman tema hanya dibenarkan beroperasi sekiranya jumlah kes Covid-19 jatuh di bawah paras yang ditetapkan pihak berkuasa dan hanya akan dibuka kepada penduduk California. – AFP