fbpx
Vida memperagakan cincin berbentuk brooch menerusi satu video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok semalam.

Cincin besar! Suka hati sayalah – Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Mana ada brooch (kerongsang)! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia.

Demikian jawapan jutawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida apabila ada dalam netizen memperlekehkan cincin yang dipakainya dalam muat naik sebuah video TikTok.

Kata Vida atau nama lengkapnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak akan tergamak memakai kerongsang di jari semata-mata ingin tular dalam media sosial.

“Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas.

“Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Ditanya komennya berhubung kritikan lazim yang sering dilemparkan kepadanya iaitu ‘money can’t buy class’ (duit tak boleh beli darjat), jawab Vida: “Orang yang tak mampu memanglah cakap ‘no class’, cuba kalau mampu, macam mana? High classlah!”

Terdahulu, Vida memuat naik sebuah video TikTok bersifat lelucon tentang dirinya yang masih single sambil menayangkan barang kemasnya, termasuk sebentuk cincin besar yang dikatakan berbentuk kerongsang atau brooch. – K! ONLINE