fbpx

13 motosikal dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian motosikal yang terbakar dalam kejadian di Flat Pinang Emas, Batu Ferringhi di George Town awal pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA

GEORGE TOWN – Sebanyak 13 buah motosikal dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran di tempat letak motosikal di Flat Pinang Emas, Batu Ferringhi di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.26 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan 13 buah motosikal iaitu tujuh buah terbakar sebahagian besar, manakala enam hanya terbakar sebahagian kecil pada bahagian kenderaan.

“Turut terlibat adalah sebuah kereta jenis Perodua Myvi, tetapi hanya terbakar sebahagian kecil akibat terkena bahang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kebakaran tersebut telah dipadamkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI