fbpx

Selaraskan protokol perjalanan udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYARAT perjalanan di rantau ini yang disifatkan sebagai kompleks dan tidak seragam mengakibatkan ia sukar untuk dipenuhi pelancong serta pengembara. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – AirAsia menyarankan supaya protokol perjalanan di peringkat global diselaraskan bagi memacu pemulihan perjalanan udara di peringkat antarabangsa pasca Covid-19.

Presiden AirAsia Group (Penerbangan), Bo Lingam berkata, untuk meneruskan perjalanan rentas sempadan dengan efektif dan selamat, satu rangka kerja yang dipersetujui bersama serta
diselaraskan di peringkat global amat perlu.

Jelasnya, syarat perjalanan di rantau ini yang melibatkan negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, China dan Australia bersifat kompleks serta tidak seragam sehingga
menyukarkan pelancong mengikutinya.

“Apa yang diperlukan untuk memacu perjalanan udara antarabangsa adalah penyelarasan antara negara.

“Industri perjalanan dan pelancongan harus bekerjasama melaksanakan satu set protokol tetap untuk tetamu seperti keperluan ujian dan vaksinasi, pas kesihatan digital yang dipersetujui
bersama serta pengembangan gelembung perjalanan merangkumi sektor pelancongan dan rekreasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam berhubung tinjauan dilakukan AirAsia baru-baru ini mengenai prosedur dan protokol Covid-19 di negara-negara
serantau.

Tinjauan itu turut mendapati gelembung perjalanan yang dilaksanakan di rantau ini terhad kepada pelancong perniagaan serta perjalanan penting dan inisiatif berkenaan tidak mampu melonjakkan industri pelancongan kerana kebanyakan mesyuarat korporat dapat dilakukan dalam talian.

Ia mencadangkan supaya gelembung perjalanan dikembangkan kepada pelancong rekreasi secara berperingkat, bermula dengan destinasi di zon selamat.

Menurut Bo, pihaknya menjangkakan 40 hingga 50 peratus rakyat di rantau ini akan divaksinasi pada suku tahun ketiga 2021, jadi polisi perjalanan harus diperbaharui secara berkala termasuk
kemungkinan membatalkan keperluan kuarantin.

“Contoh yang baik adalah di Filipina yang mana mereka telah menyelaraskan semua keperluan perjalanan dalam negara dan memansuhkan peraturan tidak relevan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI