fbpx
MORA (kiri) bersama kapten JDT, Aidil Zafuan Abd. Radzak memegang Piala Sultan Ahmad Shah selepas sidang di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam. – RAJA JAAFAR ALI

JDT ‘pegang erat’ Piala Sumbangsih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mahu memastikan Piala Sultan Ahmad Shah akan terus kekal berada di negeri Johor menje­lang aksi menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Mora berkata, kemenangan itu amat penting buat skuad Harimau Selatan bagi mengorak langkah positif mengharungi saingan Liga Super musim 2021.

Katanya, dia mahu pertembungan menentang skuad He­lang Merah itu dapat ditamatkan dalam tempoh 90 minit tanpa perlu diheret kepada sepakan penalti.

“Walaupun persiapan tahun ini tidak seperti sebelumnya tanpa perlawanan persahabatan di luar negara disebabkan pandemik Covid-19, kami mempunyai alternatif lain untuk mencari ke­serasian dalam kalangan pemain dan meningkatkan standard permainan pasukan.

“Menjelang pertemuan esok, pemain sudah bersedia sepenuhnya dan mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan pada perlawanan ini.

“Ini adalah perlawanan yang perlu kami menang. Walaupun sudah memenanginya tiga kali berturut-turut sebelum ini, saya tetap anggap ini adalah yang pertama,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri semalam.

Ditanya mengenai penyerang import JDT II, Fernando Rodriguez sama ada diturunkan pada perlawanan esok, pengendali kelahiran Mexico itu engan memberi kata putus sebaliknya menjelaskan, penyerang kelahiran Brazil itu sudah menjalani latihan bersama skuad utama.

“Kita akan tunggu dan lihat sama ada dia akan diturunkan atau tidak memandangkan penyerang lain seperti Ahmad Hazwan Bakri berada pada prestasi terbaik buat masa ini,” katanya.