fbpx

Gosip cinta Noor Nabila, Engku Emran tular hingga ke Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khabar angin tentang hubungan cinta antara Noor Nabila dan Engku Emran turut mendapat perhatian netizen di Indonesia.

PETALING JAYA – Belum cukup sehari, gosip cinta antara Noor Nabila, 37, dan Engku Emran, 46, mula mendapat perhatian netizen di negara seberang, Indonesia.

Sejak semalam, spekulasi hubungan Noor Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor dan bekas suami Laudya Cynthia Bella itu tular dalam pelbagai platform media sosial terutama aplikasi TikTok.

Malah, ada juga pengguna TikTok yang membuat kenyataan mendakwa Noor Nabila dan Engku Emran sudah bertunang.

Tangkap layar salah satu akaun TikTok yang memuat naik gosip Noor Nabila dam Engku Emran.

“Engku Emran iaiatu mantan(bekas) suami Laudya dikhabarkan sudah bertunangf,” tulis salah seorang pengguna TikTok @adnan_ri.

Meskipun khabar angin tentang hubungan mereka sudah tersebar luas, kedua-duanya masih belum membuka mulut untuk mengesahkan mahupun menafikan spekulasi tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa itu mengundang teka-teki apabila didakwa menjalin hubungan istimewa bersama Engku Emran.

Khabar angin tersebut tercetus selepas tular sebuah video yang memperlihatkan bekas suami pelakon terkenal Erra Fazira menghadiri sesi ceramah di kediaman Nabila baru-baru ini.

Malah, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga dilihat menikmati hidangan makan malam bersama ahli keluarga Nabila selepas sesi ceramah tersebut berakhir.

Untuk rekod, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama Sharnaaz pada 31 Mac 2017 namun disahkan berpisah pada sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia tiga tahun.

Sementara, Engku Emran pula pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra pada 25 Oktober 2007 sebelum bercerai pada 18 Februari 2014.

Hasil perkahwinan, Engku Emran dan Erra dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berumur 12 tahun.

Kemudian pada 8 September 2017 dia mendirikan rumah tangga bersama Laudya kemudian bercerai sekitar bulan Jun 2020.

Pasangan tersebut bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI