fbpx

Datuk, datuk saudara ditahan cabul cucu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PASIR PUTEH – Dua orang warga emas ditahan polis selepas mereka dipercayai sanggup bertindak keji dengan mencabul cucu perempuan mereka sendiri yang berusia tujuh tahun sejak hujung tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Azmir Damiri berkata, kedua-dua suspek ditahan di Selising di sini pada Isnin lalu selepas polis menerima aduan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan awal mendapati salah seorang warga emas berusia 67 tahun merupakan datuk kepada kanak-kanak berbabit.

“Seorang lagi suspek yang berusia 73 tahun dipercayai merupakan datuk saudara mangsa.

“Siasatan mendapati, kanak-kanak berkenaan mengaku kedua-kedua individu yang dikenalinya melakukan perbuatan keji itu sejak November tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Azmir, bagaimanapun, hasil pemeriksaan doktor terhadap mangsa tidak menemui sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan kejadian itu dengan kes rogol.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman selama enam hari bermula Isnin lalu untuk siasatan lanjut.

“Polis sedang menunggu tarikh janji temu pihak Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) untuk menjalankan siasatan sebenar berkaitan kes itu,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI