fbpx

Awang Rasau sudah tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Rasau sebelum ini menderita kesakitan akibat terkena lapan butir peluru ditembak pemburu haram.

PETALING JAYA- Negara kehilangan seekor lagi permata nusantara apabila Harimau Malaya, Awang Rasau dilaporkan mati kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Harimau jantan itu dikatakan mati akibat komplikasi saraf, kegagalan sistem perkumuhan serta jangkitan kuman pada luka di kaki belakang haiwan berkenaan.

Keadaan Awang Rasau yang cedera teruk akibat ditembak pemburu haram. – Foto Ihsan PERHILITAN

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, Awang Rasau sebelum ini menderita kesakitan akibat terkena lapan butir peluru ditembak pemburu haram.

“Peluru itu juga turut terkena paru-paru serta sistem saraf seterusnya menyebabkan harimau itu lumpuh separuh badan dan hanya boleh bergerak menggunakan kaki kanan sahaja.

“Setelah kesihatan Awang Rasau merosot pada 3 Mac lalu, kami sedaya upaya berusaha menyelamatkannya dengan mendapatkan rawatan susulan serta nasihat pakar di Hospital Veterinar UPM,” katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook tadi.

Pun begitu, Awang Rasau masih gagal diselamatkan meskipun rawatan telah diberikan.

Sebelum ini, Jabatan Perhilitan berjaya menangkap seekor harimau jantan melalui tembakan ubat pelali di Ladang Felda Kerteh 2, Kemaman, Terengganu.

Tangkapan itu juga disifatkan menyelesaikan gangguan harimau yang menyerang ternakan penduduk sejak November tahun lalu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI