fbpx

Tukar ezkos ‘perang’ untuk kelajuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tukar ezkos 'perang' untuk kelajuan

KLANG – Perbuatan 10 penunggang ‘melaram’ menggunakan ekzos yang telah diubah suai dengan alasan boleh menambah kelajuan memakan diri apabila ditahan polis, semalam.

Kesemua mereka berusia 18 hingga 25 itu juga terpaksa berputih mata apabila motosikal itu disita dalam Op Khas Pengubahsuaian Ekzos bermula pukul 10 hingga 6 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan siasatan pelbagai alasan diberikan termasuk menarik perhatian kepada pengguna jalan raya lain, menambah kelajuan, trend di kalangan remaja dan berlumba haram.

Katanya, penggunaan ekzos itu berikutan mudah diperolehi dari kedai alat ganti eksoz dengan dipercayai boleh digunakan oleh semua pengguna jalan raya.

“Kesemua motosikal terbabit melibatkan jenis Yamaha 135LC, Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15ZR serta Honda Wave.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan Op Ekzos itu, tiada amaran dan nasihat diberi kepada penguabahsuaian komponen eksoz kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau menambah, tindakan saman dikenakan di bawah Kaedah 103 Kaedah-kaedah kenderaan bermotor (pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN170/1959).

Ujar beliau, kes juga disiasat mengikut Sek 48A (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 kerana gagal mematuhi had bunyi yang dibenarkan.

“Hasil pemeriksaan, motosikal disita turut melakukan kesalahan menggunakan nombor plat fancy, tiada cermin sisi dan nombor pendaftaran.

“Polis turut mengeluarkan 204 saman terhadap kesalahan had laju (133), tiada lesen memandu (6), tiada cermin sisi (10) dan lain-lain hasil pemeriksaan 85 buah kenderaan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI