fbpx

PKPD tiga lokaliti di Sarawak, Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Beverly Hills, Daerah Bintulu, Sarawak bermula 5 Mac sehingga 18 Mac 2021.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD itu dibuat untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk yang terlibat serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti.

“Sehingga 3 Mac 2021, KKM telah melaksanakan 1,247 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 84 kes positif telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti ini dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” katanya dalam siaran langsung sidang khas hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan turut bersetuju melaksanakan PKPD di Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka bermula 6 Mac sehingga 19 Mac 2021.

“Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 152 kes positif telah direkodkan yang melibatkan lima kakitangan, lapan ahli keluarga dan 139 tahanan,” ujarnya.

Mengulas mengenai Task Force Operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam Ismail Sabri berkata, seramai 499 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 492 telah dikompaun manakala empat individu direman dan tiga dijamin.

“Aktiviti pusat hiburan merupakan kesalahan yang paling tinggi dicatatkan iaitu 134 kes, diikuti kesalahan gagal menyediakan peralatan/merekod butiran
diri/pelanggan (86); tidak memakai pelitup muka (62), tiada penjarakan fizikal (58), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (28), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (27) dan lain-lain kesalahan (104).

“Ops Benteng semalam juga telah berjaya menahan 12 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas enam buah kenderaan darat dalam operasi yang diadakan di seluruh negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI