fbpx

Masa berada dalam tahanan dia hentam, bila keluar ‘dm’ pula – Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dai Syed

PETALING JAYA – Pendakwah muda, Syed Shah Syed Iqmal mengakui ada beberapa rakan terdekat yang bercakap buruk di belakangnya ketika sedang berada dalam tahanan selama 20 hari.

Syed berkata, musibah yang berlaku terhadap dirinya banyak memberi pengajaran untuk membezakan erti sahabat dan kawan. Sekali gus, membuka mata Syed untuk lebih menghargai kelompok yang ikhlas membantunya.

“Apa yang berlaku banyak mengajar saya untuk menghargai mereka yang ikhlas berada di sisi. Contohnya seperti sahabat saya, Ryan Deedat dan beberapa lagi yang sentiasa memberikan kata-kata semangat serta motivasi tanpa diskriminasi.

“Saya tahu ramai juga menggunakan kesempatan ini untuk melonjakkan nama mereka. Ada yang mengutuk ketika saya berada dalam tahanan, namun apabila keluar mereka mendekati saya pula.

“Tipulah jika tiada rasa sakit hati, cuma tidak sampai berdendam. Saya cuba positifkan semua pihak kerana berpegang pada prinsip orang yang baik adalah orang yang meminta maaf dan orang yang lebih baik adalah orang yang memaafkan,” kata Syed.

Syed mengulas mengenai kontroversi yang menimpa dirinya ketika sidang media menerusi aplikasi Zoom sempena pelancaran single terbaharunya berjudul Ya Habib.

Lagu terbaru ini dihasilkan oleh Adam Armin, Yusuff Khan, Ryan Deedat dan Adly Kiddy, manakala liriknya adalah nukilan Syed sendiri ketika berada selama 20 hari dalam tahanan.

Hampir sebulan mendiamkan diri daripada Instagram, Syed atau turut dikenali sebagai Da’i Syed akhirnya kembali aktif di laman tersebut. Malah, dia turut berkongsi beberapa tulisan puisi dan nukilan hati yang dihasilkan semasa dia berada di dalam tahanan lokap selama 20 hari.

Pada 15 Disember lalu, Syed Iqmal dilepaskan dengan ikat jamin keseluruhan sebanyak RM35,000 masing-masing RM25,000 di Mahkamah Petaling Jaya dan RM10,000 di mahkamah Shah Alam.

Dalam pertuduhan ke atasnya pada 10 Disember lalu, Syed Iqmal mengaku tidak bersalah bagi tiga tuduhan jenayah seksual masing-masing di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret Petaling Jaya serta Mahkamah Sesyen, Shah Alam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI