fbpx

Kes melebihi 2,000, kes sembuh kekal atasi kes harian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,063 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 307,943 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sembilan kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 2,054 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 23,161 kes.

“Selain itu, terdapat 2,922 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 283,629 kes.

“Terdapat lima kes kematian baharu hari ini melibatkan warga Malaysia menjadikan sebanyak 1,153 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 193 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 99 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI