fbpx
GAMBAR fail bertarikh 2 November 2020 menunjukkan bandar raya Chiang Mai. - AFP

Chiang Mai bandar raya ketiga paling tercemar di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Chiang Mai tersenarai sebagai bandar raya ketiga paling tercemar di dunia semalam dengan bacaan partikel debu PM2.5 melebihi angka 200, lapor akhbar Bangkok Post.

Bandar raya Chiang Mai adalah ibu negeri wilayah Chiang Mai. Wilayah itu berdepan pencemaran udara pada paras kritikal berikutan asap akibat kebakaran hutan dengan bacaan purata PM2.5 melebihi paras selamat semalam.

Laman maklumat pencemaran AirVisual menyenaraikan Chiang Mai di tempat ketiga bandar raya paling tercemar di belakang Lahore di Pakistan dan ibu kota India, New Delhi.

Dalam perkembangan berkaitan, sekitar 928 titik panas direkodkan di seluruh 17 wilayah utara Thailand, demikian menurut Timbalang Komander Ketumbukan Ketiga, Mejar Jeneral Thanadpol

Kosaisewee selaku timbalan pemerintah yang bertanggungjawab menangani pencemaran udara di rantau berkenaan. – Agensi