fbpx

Skandal Barcagate gegar Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARTOMEU ditahan oleh pihak polis dalam proses siasatan skandal Barcagate. – AFP

BARCELONA – Bekas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu ditahan oleh pihak polis di Sepanyol untuk membantu siasatan mengenai skandal Barcagate di Camp Nou.

Selain Bartomeu, beberapa lagi bekas pegawai kelab ber­kenaan turut ditahan oleh pihak berkuasa yang telah menggeledah pejabat mereka pada Jun tahun lalu.

Bartomeu terpalit dengan skandal tersebut apabila dituduh secara rahsia membayar sebuah syarikat perhubungan awam ia­itu 13 Ventures untuk melakukan kerja-kerja di laman sosial untuk kelab berkenaan.

Siasatan berkenaan dilakukan ekoran daripada laporan oleh sekumpulan peminat Barcelona yang mendakwa 13 Ventures me­lakukan kerja-kerja memberikan imej dan ketrampilan yang baik mengenai Bartomeu biarpun ia adalah sebaliknya.

Selain itu, syarikat berkenaan juga diupah untuk merosakkan reputasi beberapa pemain Barcelona termasuk Lionel Messi, Gerard Pique dan Xavi.

Keterlibatan pihak polis dalam isu berkenaan juga adalah di­sebabkan kesalahan tadbir urus di bawah Bartomeu apabila mereka didakwa membayar 13 Ventures dengan jumlah bayaran enam kali lebih mahal berban­ding harga pasaran untuk me­lakukan tugas tersebut.

Bartomeu merupakan Pre­siden Barcelona ke-40 yang memegang jawatan berkenaan selama hampir tujuh tahun sejak 2014.

Beliau meletakkan jawatan pada Oktober tahun lalu ekoran berdepan tekanan hebat para peminat.

Dalam pada itu, Barcelona dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai penggeledahan pejabat mereka yang dilakukan oleh pihak polis dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Barcelona menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan dalam usaha memastikan mereka yang terkesan mendapat pembelaan yang sewajarnya,” menurut kenyataan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI