fbpx

Ruhainies kekok jadi selekeh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruhainies

PETALING JAYA – Sinonim dengan watak cantik, bergaya dan manja, pelakon Ruhainies mengakui berdepan rasa kekok untuk keluar dari kepompong selesa melakonkan karakter kasar dan selekeh.

Atas alasan tudak mahu statik di takuk lama, pemillik nama sebenar, Nrur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu bagaimanapun mencabar diri membawakan watak yang berbeza dengan karakter sebenar apabila bersetuju menyahut tawaran menjayakan sebuah drama ersiri adaptasi novel karya Siti Rosmizah berjudul Cukup Derita Itu.

“Dalam drama berkenaan saya lakonkan watak Ellani. Karakter Ellani begitu mencabar kerana sangat berbeza dengan watak yang sering dibawakan sebelum ini. Selain bekerja di warung dan menoreh getah, Ellani juga tidak suka bersiap.

“Saya pula seorang yang mementingkan penampilan diri, jadi apabila diminta untuk tidak bersiap, kekok sungguh hendak menunaikan permintaan itu. Namun, kali ini saya mencabar diri membawakan sesuatu yang keluar dari zon selesa,” kata Ruhainies kepada Kosmo! Online.

Katanya, selain gadis kampung, Ellani juga bersikap kasar sering marah-marah dan sentiasa berkerut dalam apa jua situasi.

Menerusi drama arahan Along Kamaluddin itu juga, Ruhainies diberikan kebebasan untuk mengasah tahap lakonan, sekali gus menepis stigma sering membawakan watak klise.

Masih sibuk di lokasi penggambaran, jelas Ruhainies, Along selaku pengarah drama banyak memberikan tunjuk ajar buat dirinya untuk memperbaiki mutu lakonan. Selain itu, dia turut menyelitkan kehendak penulis novel bagi menjayakan watak EIlani.

“Sudah lama saya mendambakan watak seperti ini dan akhirnya rezeki datang selepas enam tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Keinginan ada cuma tidak diberikan peluang sebelum ini untuk melakonkan watak seperti Ellani.

“Dalam drama ini juga, kali kedua saya bekerjasama dengan pelakon senior Jasmin Hamid selepas gandingan beberapa tahun lepas. Banyak benda yang saya dapat pelajari daripada Kak Jasmin dan pada hari pertama lagi kami sudah dapat mencipta keserasian,” kata Ruhainies.

Tambah Ruhainies, sudah lama dia meminati karya Siti Rosmizah dan menyimpan hasrat untuk membintangi drama adaptasi novel penulis popular terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI