fbpx

Pemilik bengkel besi maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik bengkel besi maut selepas terlibat kemalangan di Jalan Padang Gas-Tembak B, Kuala Ketil pada semalam.

BALING – Seorang pemilik bengkel besi yang maut selepas terlibat kemalangan di Kampung Kuala Samak, Jalan Padang Gas-Tembak B, Kuala Ketil di sini semalam didapati berubah menjadi pendiam dan kurang ceria sebelum kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, kereta Perodua Kelisa dinaiki mangsa, Nyak Nuzli Nyak Hashim, 32, bersama anaknya, Nyak Najib Hanif Nyak Nuzli, 8, bertembung dengan Toyota Avanza menyebabkan dua beranak itu cedera parah.

Nyak Nuzli kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 1.12 pagi ini ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dekat sini.

Sementara pemandu Toyota Avanza berusia 32 tahun dilaporkan cedera parah manakala anaknya berusia dua tahun tidak cedera.

Rakan mangsa, Ahmad Hanif Abdul Rahman, 38, berkata, arwah berubah jadi pendiam dan kurang ceria ketika kali terakhir mereka berjumpa di bengkel besi di Kampung Batu Satu, Kuala Ketil di sini.

“Kami sama-sama buka bengkel pada pagi semalam dan arwah tidak banyak bercakap dan kurang ceria. Saya fikir mungkin arwah ada masalah berkaitan kerja.

“Kemudian pada sebelah tengah hari, arwah tiba-tiba kata dia mahu meninggalkan kerja-kerja di bengkel kepada saya dan mahu pergi dahulu,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI