fbpx

Nenek Sarah Hildebrand meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sarah dan Allahyarham neneknya.

PETALING JAYA – Pelakon Sarah Hildebrand berkongsi berita duka apabila kehilangan nenek tercinta yang menghembuskan nafas terakhir semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan Sarah atau nama lengkapnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 31, menerusi satu hantaran Instagram.

“Dengan penuh dukacita saya ingin memaklumkan Atuk tersayang (nenek), Doyah Pin telah meninggal dunia. Saya sayangkan Atuk, al-Fatihah,” tulisnya ringkas.

Dalam perkongsian berkenaan, Sarah memuat naik dua keping gambar lama bersama Allahyarham neneknya.

Akibat kehilangan yang dilalui, pelakon drama Pujaan Hati itu terpaksa menunda seketika urusan bisnes yang diusahakannya ketika ini.

“Maaf kepada yang ada berharap saya akan mengepos keluar produk esok (hari ini). Saya minta maaf kerana berlaku sedikit kelewatan disebabkan kejadian yang berlaku.

“Kesabaran dan kerjasama anda amat dihargai,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI