fbpx

[KEMASKINI] Perancah besi runtuh angkara rempuhan treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pembinaan Lebuh Raya SUKE yang runtuh.

PETALING JAYA – Rempuhan pada perancah pembinaan oleh sebuah treler disyaki punca utama projek pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berdekatan Bandar Tasik Selatan runtuh lewat petang tadi.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. selaku pemaju bagi projek SUKE menerusi satu kenyataan berkata, treler berkenaan yang membawa lebih muatan dikatakan telah merempuh perancah besi pembinaan menyebabkan ia runtuh.

“Sebagai rekod, trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya SUKE.

“Ekoran insiden itu, kesesakan trafik yang teruk berlaku di lebuh raya berkenaan,” ujarnya hari ini.

Jelasnya, pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, katanya, pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Untuk mendapatkan maklumat terkini atau menghantar maklum balas, sila berhubung dengan saluran komunikasi SUKE di talian hotline 1 300 88 9922 atau laman sosial Facebook PROL. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI