fbpx

50.3 peratus rakyat tidak cukup pendapatan tampung perbelanjaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Seramai 50.3 peratus rakyat Malaysia tidak mempunyai pendapatan yang dapat menampung perbelanjaan mereka, menurut satu dapatan Pusat Penyelidikan Undian UCSI.

Daripada jumlah itu, pengurangan elaun menjadi alasan terbesar mengapa pendapatan rakyat tidak mampu menampung perbelanjaan, iaitu sebanyak 49.8 peratus, diikuti pengurangan bayaran kerja lebih masa (47.9 peratus), pengurangan pendapatan pasif (42.8 peratus), pemotongan gaji (32.2 peratus) dan lain-lain faktor (9 peratus).

Seramai 618 responden terlibat dalam undian yang bertajuk ‘Adakah Situasi Kewangan Anda Seimbang?’.

Responden turut dibenarkan memilih lebih daripada satu alasan.

Mereka yang tidak mempunyai pendapatan yang cukup ini kemudian ditanya beberapa soalan lanjut mengenai cara mereka berdepan dengan masalah kewangan tersebut.

Sebanyak 50.2 peratus menyatakan mereka menggunakan simpanan sendiri, diikuti pinjaman daripada keluarga, saudra dan rakan-rakan (48.9 peratus), i-Sinar (48.9 peratus), pinjaman bank (36.3 peratus), tiada jalan penyelesaian (9 peratus) dan lain-lain (3.5 peratus).

“Keputusan menunjukkan petanda yang baik apabila orang ramai masih mempunyai simpanan untuk mengatasi pengurangan pendapatan.

“Namun sampai bila mereka boleh bergantung kepada simpanan tersebut untuk jadi penyelamat ketika mereka berdepan masalah kewangan masih jadi tanda tanya.” jelasnya.

Menurut pusat penyelidikan itu lagi, perkara tersebut juga membimbangkan kerana orang ramai mungkin akan meminjam apabila mereka kehabisan simpanan.

“Orang ramai juga perlukan masa untuk kumpul semula simpanan mereka dan kekurangan wang untuk dibelanjakan akan memperlahan pemulihan ekonomi,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI