fbpx

10 minit simbah cat dah kena cekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah dan kenderaan mangsa yang disimbah cat merah dalam kejadian di Taman Nusa Indah, Iskandar Puteri, Johor Bahru semalam.

ISKANDAR PUTERI – Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas diugut peminjam wang tanpa lesen atau ah long dalam kejadian di Jalan Ceria 24, Taman Nusa Indah di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian pada pukul 10.05 malam itu, mangsa didatangi tiga remaja berusia 17 dan 18 tahun di hadapan pintu pagar rumah.

“Suspek bertindak membaling cat ke dalam kawasan rumah dan terkena pada kereta Proton Exora milik keluarga mangsa.

“Suspek juga meninggalkan sekeping nota ugut ‘hari ini cat, esok bakar’ sebelum beredar,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dzulkhairi berkata, susulan laporan yang dibuat mangsa, polis berjaya menjejaki dan menangkap suspek kurang daripada 10 minit selepas mereka melakukan ugutan tersebut.

Katanya, mereka diberkas pengawal keselamatan di pondok pengawal kawasan perumahan terbabit selepas mangsa membuat aduan.

Siasatan awal mendapati dua daripada mereka mempunyai bekerja sebagai tukang masak dan tukang gunting manakala seorang lagi adalah penganggur.

Jelasnya, semakan rekod jenayah dapati masing-masing mempunyai satu rekod jenayah lampau selain ujian air kencing ke atas mereka bebas daripada pengaruh dadah.

“Polis merampas sebuah kereta Proton Saga dan dua peket plastik berisi cecair cat berwarna merah daripada saspek,”katanya.

Kesemua suspek direman untuk disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI