fbpx

Tiga bapa ayam tidak mengaku lacur dua ibu tunggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini masing-masing atas pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dua orang ibu tunggal minggu lalu.

KOTA BHARU – Tiga bapa ayam termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini masing-masing atas satu pertuduhan menjadi dalang dalam kegiatan pelacuran dua orang ibu tunggal minggu lalu.

Ketiga-tiga tertuduh, Choy Yin Luean, 40, Zainab Ismail, 43 dan Mohamad Shahrulriza Mohamad Zainuddin,31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, Yin Luean didakwa telah menyewakan premis dengan niat untuk mendapatkan wang sewa supaya orang itu diberikan kerja atau digunakan untuk membuat persetubuhan dengan orang lain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 372(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Bagi Zainab dan Mohamad Shahrulriza, mereka masing-masing didakwa hidup sepenuh atau sebahagiannya daripada hasil persundalan Hidayah Abdul Rahman,39 dan Nur Shamila Fakarozi, 22.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 372A kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun, sebatan denda jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Padang Seri Paduka, Kubang Kerian di sini kira-kira pukul 3.45 petang pada 23 Februari lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Faizuan Sulaiman manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd. Faizuan memohon mahkamah agar tidak memberi sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan tarikh 5 April depan untuk serahan dokumen. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI