fbpx

Tak benar AIM akan diswastakan- Lajim Ukin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menafikan dakwaan badan itu akan diswastakan.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lajim Ukin berkata,AIM menerima beberapa cadangan kerjasama dari beberapa syarikat swasta untuk menubuhkan Bank Digital di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia.

Menurut beliau, AIM masih kekal sebagai badan amanah persendirian dengan berbekalkan peranan dan fungsi sedia ada.

“Setelah menilai dan menerima maklum balas dari pelbagai pihak, AIM membuat keputusan akan terus kekal dengan prinsip, peranan dan fungsi seperti sedia ada tanpa menjejaskan kebajikan pekerja dan sahabat AIM.

“Bagi memastikan tanggungjawab dan matlamat ini terlaksana, AIM telah pun membuat pinjaman sebanyak RM1 bilion dari pihak kerajaan dan institusi kewangan dalam negara sepanjang penubuhannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, AIM dalam proses mengembangkan peranannya menjadi sebuah Bank Digital tanpa menjejaskan Skim Pinjaman Mikro Kredit untuk sahabat AIM.

AIM adalah sebuah badan bebas (NGO) yang telah diwujudkan 1987 yang berperanan memberi pinjaman mikro kepada kaum wanita dari kelompok B40 untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di seluruh Negara.

Sehingga kini, AIM telah memberi manfaat kepada 920 ribu peminjam atau dikenali sebagai sahabat AIM di seluruh Negara.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI