fbpx

Sejuta perniagaan berisiko tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKP 1.0 menggariskan SOP lebih ketat, dengan kebanyakan sektor ekonomi ditutup. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hampir sejuta perniagaan di negara ini berkemungkinan akan gulung tikar jika kerajaan menunggu antara 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia divaksin sebelum memberi
kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri.

Kerisauan itu disuarakan oleh persekutuan 262 buah persatuan perniagaan di negara ini, dinamakan sebagai Business Survival Group yang mewakili 950,000 perniagaan merentasi semua sektor.

Persekutuan itu menggesa kerajaan supaya membenarkan pergerakan rentas sempadan pada kadar segera, melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) secara lebih bersasar dan mengutamakan kehidupan rakyat.

Penasihatnya, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, peniaga tidak mampu bertahan sebegitu lama memandangkan proses vaksinasi dijangka akan mengambil tempoh setahun untuk mencapai paras
70 hingga 80 peratus rakyat divaksin.

Ameer Ali

“Perniagaan kami sudah jatuh merudum, ditambah lagi dengan PKP ini, dengan bayaran sewa, gaji pekerja, modal perniagaan, semua itu memerlukan duit.

“Saya minta kerajaan untuk mengkaji semula cadangan yang ditimbulkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ini,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan semalam.

Dr. Noor Hisham baru-baru ini dilaporkan berkata, kelonggaran merentas sempadan daerah dan negeri akan dipertimbangkan jika 70 hingga 80 peratus rakyat sudah diberi vaksin Covid-19.

Ameer, yang juga merupakan Pengarah Urusan Mydin berkata, pihaknya akan berjumpa dengan Menteri Kanan Keselamatan, Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia pada 5 Mac ini
bagi membincangkan isu tersebut.

Menurutnya, pihaknya juga telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri bagi mencari jalan penyelesaian.

Sementara itu, Naib Presiden Business Survival Group, Datuk Abdul Malik Abdullah berkata, banyak peniaga di seluruh negara kini sudah berada pada tahap nyawa-nyawa ikan dan kerajaan
diminta meringankan kawalan pergerakan pada kadar segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI