fbpx

MAIS mahu polis jalankan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz Mohd. Yusof

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari lalu dalam kes difailkan Iki Putra Mubarak yang dituduh dengan kesalahan cubaan melakukan persetubuhan di luar tabii.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, MAIS dan pihak berkuasa agama Islam di negeri Selangor akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dilakukan terhadap Iki diteruskan mengikut Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, keputusan itu tidak sama sekali boleh dilihat sebagai suatu bentuk pengiktirafan terhadap golongan lesbian, biseksual, gay dan transgender (LGBT) sama ada oleh pihak mahkamah mahupun MAIS.

“MAIS menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 berhubung dengan petisyen di bawah Artikel 4(3) dan (4) Perlembagaan Persekutuan yang difailkan oleh Iki Putra Mubarak, seorang lelaki beragama Islam yang telah dituduh dengan kesalahan cubaan melakukan persetubuhan di luar tabii di bawah Seksyen 28 yang dibaca bersama dengan Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Selangor (1995).

“Perbuatan persetubuhan sejenis atau di luar tabii adalah tetap satu kesalahan yang amat serius di sisi agama Islam yang bercanggah dengan ajaran Islam, akhlak, moral dan norma kehidupan masyarakat di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 25 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara membenarkan cabaran undang-undang seorang lelaki, Iki Putra Mubarak terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim menegaskan kuasa utama untuk meluluskan undang-undang jenayah terletak pada Parlimen dan
Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sebelum ini, Iki Putra telah didakwa di Mahkamah Syariah pada 21 Ogos 2019 atas kesalahan meliwat yang dilakukannya di Bangi, Selangor. – K!ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI