fbpx

Kertas siasatan polis terlibat Macau Scam diserahkan kepada SPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hamid (tiga dari kiri) bergambar bersama para pelatih pada Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Kertas siasatan terhadap 31 pegawai dan anggota polis berhubung penglibatan mereka dalam kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna telah dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, siasatan kes berkenaan dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) sebelum diserahkan kepada SPP yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (KDN).

Katanya, kesemua pegawai dan anggota yang telah dikenalpasti itu kini dalam proses untuk dijatuhi hukuman

“Oleh kerana kesalahan itu dianggap sebagai satu kesalahan yang amat serius dan melihat kepada kepentingan ramai, bukan calang-calang untuk saya sebagai Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan.

“Jadi, saya bawa (tindakan) ke atas lagi supaya SPP dapat mengadili (kes berkenaan) dengan sebaik-baik dan seadil-adilnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Upacara Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli (PDRM) Siri 1/2020 di Lapang Sasar Utama, Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din; Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali dan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, tindakan tegas seperti ditamatkan perkhidmatan atau diturunkan pangkat merupakan hukuman yang akan dikenakan ke atas pegawai dan anggota terlibat jika didapati bersalah.

“Apabila perkara ini diangkat ke atas kemungkinan hukuman adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potongan gaji.

“Bagaimanapun, dua hukuman yang utama sama ada dibuang kerja atau pun diturunkan pangkat. Itu kuasa yang ada pada SPP,” katanya.

Kosmo! pada 15 Disember lalu melaporkan, seramai 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat deputi komisioner disiasat bagi kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna.

Semua individu tersebut disiasat secara menyeluruh terutama berhubung pemilikan nilai aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji termasuk seorang inspektor yang dipercayai memiliki wang simpanan berjumlah RM1 juta.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI