fbpx

Bukit di Kampung Sindu terbakar lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memeriksa lereng bukit di Kampung Sindu bagi mengesan punca api untuk memadam kebakaran.

IPOH – Kebakaran kawasan lereng bukit di Kampung Sindu, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat sini masih belum reda apabila api dikesan di kawasan belukar itu petang semalam.

Kebakaran melibatkan kawasan bukit seluas kira-kira 30 ekar itu dilaporkan orang awam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai dikerah ke lokasi.

Kejadian terbaru ini berlaku tidak sampai dua hari selepas api berjaya dipadamkan oleh bomba sebelumnya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.34 petang semalam.

“Ketika ini operasi pemadaman sedang dijalankan melibatkan anggota seramai 12 orang di kawasan bukit dengan menggunakan peralatan pemerap api.

“Tindakan kita ketika ini ialah memantau kawasan operasi untuk mengenal pasti titik mula kebakaran bagi memudahkan kawalan dilakukan,” ujarnya

Sebuah pos kawalan bencana juga telah dibuka di lokasi kejadian bagi tujuan mengawal dan merancang operasi pemadaman kerana ia melibatkan sebuah kawasan yang luas.

Unit komunikasi bomba juga digerakkan bagi melancarkan lagi liputan jaringan komunikasi antara pasukan di kawasan berbukit berkenaan.

Operasi diketuai Abdul Hadi Abdullah manakala pegawai Unit Komunikasi JBPM, Khairul Firdaus Ibrahim turut berada di lokasi bagi memantau keadaan.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI