fbpx

Beli iPhone, dapat minuman yogurt epal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YOGURT berperisa epal (gambar kecil) yang diterima Liu baru-baru ini. – DAILY STAR

NHUI, CHINA – Seorang wani­ta terkejut dan berang apabila menerima kotak berisi yogurt perisa epal dan bukan telefon pintar iPhone yang dibelinya secara online baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Wanita hanya dikenali sebagai Liu itu berkata, dia membeli te­lefon pintar iPhone 12 Pro Max itu di laman web Apple pada 16 Februari lalu dan membayar 10,099 yuan (RM6,318).

Menerusi rakaman video di laman sosial Weibo, Liu berkata, dia menerima sebuah bungkusan beberapa hari kemudian, namun terkejut melihat isinya.

“Penghantar barang membe­ritahu bahawa dia meninggalkan bungkusan itu di dalam peti simpanan di kawasan perumahan saya dan saya tidak membuat aduan (mengenai tindakan tersebut),” katanya.

Polis berkata pada Khamis lalu bahawa pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kecurian, demikian menurut laporan akhbar The Global Times.

Apple dan syarikat penghantaran mel tersebut, Express Mail Servide turut berkata, mereka juga akan menyiasat kes aneh berkenaan.

Kes itu mendapat perhatian pengguna Weibo dan ada antara mereka yang berkata, telefon pintar wanita itu mungkin dicuri penghantar barang.

Sementara itu, ada pengguna membuat spekulasi bahawa wanita itu berkemungkinan menggunakan laman web Apple palsu.

“Terdapat banyak laman web beli-belah palsu,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN