fbpx
Issey dan isteri

Rezeki paling bermakna, kalau boleh nak anak perempuan – Issey

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Penyampai radio Suria FM, Issey mengesahkan isterinya, Noor Aimi Jamel kini hamil empat bulan.

Issey ketika dihubungi Kosmo! Online bersyukur dengan rezeki kurniaan Tuhan dan tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka berdua.

“Kalau ikutkan perancangan saya dan isteri memang tidak mahu hebahkan awal-awal. Kalau boleh biar tunggu kandungan betul-betul kuat.

“Apabila doktor memberitahu isteri berbadan dua, saya orang paling teruja lebih-lebih lagi ini zuriat sulung saya. Alhamdulillah ini rezeki paling bermakna,” katanya.

Menurut Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 34, dia tidak kisah berhubung jantina bayi yang bakal dilahirkan nanti, tetapi memasang impian untuk dikuarniakan anak perempuan.

“Kami pun memang belum buat scan baby (imbas kandungan) bayi, Insya-Allah nanti kalau usia bayi sudah mencecah enam bulan baru kami akan lakukan.

“Apapun jantina bayi saya terima, asalkan anak dalam kandungan dan isteri sihat walfiat,” ujarnya.

Pada masa sama, Issey turut berkongsi khabar gembira itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram dan YouTube miliknya semalam.

Terdahulu, Issey diijabkabulkan buat kali kedua bersama Noor Aimi yang merupakan seorang ibu tunggal beranak tiga kelahiran Kota Bharu, Kelantan pada 22 Disember 2019.

Sebelum ini, Issey yang juga pernah berkahwin berpisah dengan bekas isterinya setahun selepas mendirikan rumah tangga dan tidak dikurniakan cahaya mata. – K! ONLINE