fbpx

PKPD Penjara Tapah & Kuarters Kakitangan dilanjutkan 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Penjara Tapah & Kuarters Kakitangan, Batang Padang, Perak dilanjutkan lagi selama 14 hari.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan diambil selepas terdapat sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.

Beliau berkata, PKPD berkenaan sepatutnya tamat pada esok seperti yang dijadualkan sebelum ini.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan mengesahkan masih terdapat sejumlah 505 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan penularan jangkitan masih berlalu dalam kalangan tahanan di penjara ini.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 875 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 178 kes positif Covid-19 telah direkodkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di kawasan itu bermula esok sehingga 15 Mac 2021. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI