fbpx

Tiga kanak-kanak lemas ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa lemas ketiga ditemukan hari ini di Pantai Sungai Ular di Kuantan Pahang.

KUANTAN – Selepas kira-kira 19 jam usaha mengesan mangsa terakhir kes lemas di Pantai Sungai Ular, dekat Cherating dilaksanakan, mangsa  Mohd Fazrul Hakimi Ariffin, 11 tahun, berjaya ditemukan.

Mayat mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 1 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, tiga kanak-kanak dilaporkan lemas ketika mandi di pantai berkenaan.

Laporan kejadian itu diterima Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuantan, kira-kira pukul 6 petang sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan.

Mayat mangsa pertama dikenali Fitrah Dhia Zahraa’ Zaidi berusia sembilan tahun ditemui kira-kira pukul 6 petang semalam manakala mayat kedua, Nor Najuwa Mohd Ariffin, 13 tahun, kira-kira pukul 7 petang.

Seorang lagi mangsa, Fitrah Dhia Zulaikha, 13, yang juga kakak kepada Fitrah Dhia Zahraa’ sempat diselamatkan orang awam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI