fbpx

Kes Covid-19 cecah 300,752 termasuk 2,437 kes baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,437 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 300,752 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, dua kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 2,435 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 26,205 kes.

“Selain itu, terdapat 3,251 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 273,417 kes.

“Terdapat sembilan kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,130 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya pada Facebook rasmi beliau di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 202 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI