fbpx

KWSP umum dividen 2020, 5.2 peratus konvensional dan 4.9 peratus shariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan pemberian dividen sebanyak 5.2 peratus dan jumlah agihan sebanyak RM42.88 bilion untuk Simpanan Konvensional, dan 4.9 peratus untuk Simpanan Shariah dengan agihan RM4.76 bilion.

Jumlah agihan dividen bagi tahun 2020 pula adalah sebanyak RM47.64 bilion.

Angka itu sedikit rendah berbanding 5.45 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 5 peratus untuk Simpanan Shariah pada tahun lalu.

Dalam satu kenyataan, KWSP berkata, pihaknya telah melebihi sasaran strategik dengan pengisytiharan purata dividen sebenar tidak kurang daripada 2 peratus dalam tempoh lima tahun berturut-turut.

Ia selepas mengambil kira purata lima tahun dividen sebenar pada kadar 4.62 peratus untuk Simpanan Konvensional dan 4.32 peratus bagi Simpanan Shariah selepas diselaraskan untuk inflasi.

“KWSP telah berjaya mencatatkan prestasi yang memberangsangkan untuk tahun 2020 walaupun mengharungi situasi yang tidak terjangka iaitu pandemik Covid-19, dan dalam persekitaran unik yang menyaksikan dunia berhadapan dengan krisis berkembar iaitu krisis kesihatan dan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aset pelaburan keseluruhan KWSP meningkat 7.9 peratus kepada RM998 bilion, dengan nilai pasaran mencecah RM1.02 trilion pada hujung tahun lalu, manakala jumlah ahli KWSP turut meningkat sebanyak 2 peratus kepada 14.89 juta, sementara majikan yang berdaftar dengan KWSP adalah
sebanyak 534,398.

“KWSP kini memerlukan RM8.25 bilion untuk membayar setiap 1 peratus dividen untuk Simpanan Konvensional dan RM972 juta untuk membayar setiap 1 peratus dividen untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2020,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI