fbpx

PKPB di Sarawak dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan di seluruh negeri Sarawak bermula 2 hingga 15 Mac depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,keputusan itu dibuat selepas pelaksanaan penilaian risiko oleh beberapa agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP.

”Kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPB di seluruh negeri Sarawak dijadualkan tamat pada 1 Mac 2021.

“Berdasarkan penilaian risiko dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) masih berlaku peningkatan kes di seluruh Sarawak dengan 2,623 angka direkodkan dalam tempoh 14 hari bermula 12 sehingga 25 Februari 2021,” katanya tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI