fbpx
Gambar hiasan.

Lesap RM6,000 diperdaya rakan Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pelajar wanita berusia 20 tahun di Temerloh mengalami kerugian RM6,000 selepas diperdaya sindiket Parcel Scam dalam kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa berkenalan dengan seorang lelaki yang mendakwa tinggal di London melalui laman sosial Twitter sejak Januari lalu.

“Pada 3 Februari lalu mangsa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor telefon 447451209876 yang memaklumkan ada menghantar barang melalui pos iaitu rantai emas, telefon bimbit dan wang sebanyak RM20,000.

“Pada awalnya, mangsa tidak mahu menerima barang tersebut, namun suspek berkeras untuk menghantar juga,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Jelasnya, mangsa kemudian menerima mesej sekali lagi melalui aplikasi WhatsApp daripada nombor 0132335692 yang menyamar sebagai wakil syarikat kurier dan meminta bayaran RM1,500 untuk caj penghantaran barang.

“Pada hari yang sama juga, mangsa melakukan pembayaran secara dalam talian ke dalam akaun milik seorang wanita.

“Suspek kemudiannya menyuruh pengadu membuat pembayaran sekali lagi untuk cuci duit kepada pihak kastam sebanyak RM3,000,” katanya. -K!ONLINE

POPULAR