fbpx

Lelaki dikehendaki berkaitan dadah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkaitan kes dadah ditahan berhampiran parkir Unipark Condominium di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, tangkapan ke atas suspek yang bekerja sebagai peniaga itu dibuat polis kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Sepang sektor empat Balai Dato Abu Bakar Baginda kira-kira pukul 1.30 pagi.

Wan Kamarul Azran berkata, ketika polis membuat tugas rondaan berhampiran dengan parkir Unipark Condominium telah memeriksa dua lelaki di dalam sebuah kereta jenis Honda Jazz.

“Polis kemudiannya telah buat semakan melalui Pusat Kawalan Daerah (DCC) Sepang ke atas nombor kad pengenalan diri dan didapati suspek masih dikehendaki bersabit dengan laporan polis Putrajaya 1995/17 Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya.

” Bagaimanapun, siasatan lanjut ke atas kenderaan tersebut tiada rekod hilang selain pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek dan kenderaan tidak menjumpai apa-apa barang salah,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, lelaki berusia 43 tahun yang dikehendaki tersebut telah ditangkap dan dibawa ke IPD Sepang untuk tindakan selanjutnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI