fbpx

Empangan Teluk Bahang tidak terjejas dengan aktiviti kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi kuari tidak menjejaskan kualiti dan kuantiti air mentah di Empangan Teluk Bahang seperti didakwa.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menafikan operasi sebuah kuari di Teluk Bahang dekat sini telah menjejaskan kualiti dan kuantiti air mentah di Empangan Teluk Bahang.

Bahkan, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa mengesahkan, kualiti air terawat yang dibekalkan dari empangan itu adalah lebih baik daripada piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Program Jaminan Kualiti (QAP).

“Kuari itu terletak di luar kawasan tadahan air Empangan Teluk Bahang.

“Kewujudan dan operasi yang didakwa itu tidak memberi kesan, mengancam atau menjejaskan kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang serta kualiti air mentah dalam apa juga cara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan terdapat aktiviti kuari haram di Teluk Bahang yang terletak sangat dekat dengan empangan itu sehingga menjejaskan bekalan air ke dalam empangan.

Jelasnya lagi, kuari tersebut terletak kira-kira 50 meter di bahagian bawah kawasan bukit sempadan tadahan air Teluk Bahang.

“Hukum fizik menetapkan bahawa air hujan atau air dari kuari tidak boleh mengalir secara mendaki bukit ke Empangan Teluk Bahang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI