fbpx

2,253 kes baharu, 3,085 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,253 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia sebanyak 295,951 kes.

Kementerian Kesihatan berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh adalah kes import manakala sebanyak 2,246 kes penularan tempatan.

Menurutnya, terdapat 3,085 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 266,846 kes.

“Kes sembuh keseluruhan akhirnya kembali melepasi 90 peratus selepas lima bulan dengan kali terakhir kes sembuh melepasi 90 peratus adalah pada 27 September 2020.

Katanya, peratusan terendah kes sembuh adalah 64 peratus pada 17 Oktober 2020,” katanya di Twitter rasmi hari ini.

Kementerian Kesihatan berkata, terdapat 11 kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,111 kes kematian Covid-19 di Malaysia.

Katanya, sebanyak 201 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 93 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI