fbpx

Jawi salur sumbangan keperluan asas RM20,700 kepada penerima di Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli (dua dari kanan) menyempurnakan majlis pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Jawi Food Bank di pekarangan Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) meneruskan Misi Bantuan Kemanusiaan Jawi Food Bank dengan menyalurkan bantuan keperluan asas berjumlah RM20,700 ke Kuala Krau, Pahang.

Jawi berkata, bantuan kali ini berupa pek makanan keperluan asas seperti minyak masak, gula, tepung, selain 100 tilam, 1,000 kampit beras 5 kilogram (kg) dan naskhah al-Quran dengan keseluruhan nilai sumbangan berjumlah RM20,700.

“Sebelum ini, Jawi bersama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dan rakan strategik telah menggerakkan misi serupa ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu khususnya dalam usaha meringankan bebanan mangsa banjir yang terkesan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis pelepasan Misi Bantuan Kemanusiaan Jawi Food Bank itu telah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di pekarangan Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Abdul Aziz Jusoh dan Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI