fbpx

Dua lelaki diberkas disyaki terlibat dalam kes samun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjatakan sebatang tukul besi di sebuah kilang di Taman Perindustrian Selayang Baru dekat sini berjaya diberkas polis semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian samun pada Selasa lalu pukul 5.38 pagi.

“Dalam kejadian itu, empat lelaki yang juga pekerja dan pengawal keselamatan di sebuah gudang tilam berusia 32 hingga 63 tahun menjadi mangsa.

“Suspek terdiri daripada dua lelaki tempatan berusia 39 dan 44 tahun yang bersenjatakan sebatang tukul besi telah melarikan dua unit telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Hyundai Elantra,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, siasatan mendapati, kedua-dua suspek telah menahan salah seorang mangsa sebaik mangsa keluar dari kereta jenis Hyundai Elantra.

“Kedua-dua suspek kemudian mengikat mangsa menggunakan pita pelekat bersama tiga rakan sekerjanya yang lain.

“Suspek juga berjaya memecah masuk kilang terbabit dan cuba melarikan sebuah peti besi, namun gagal,” jelasnya.

Katanya, bertindak atas maklumat sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah berjaya menangkap dua suspek di sebuah bengkel motosikal di Kampung Laksamana, Batu Caves semalam.

“Polis juga berjaya menemui kereta Hyundai Elantra milik salah seorang mangsa di tempat letak kereta di sebuah pangsapuri berdekatan lokasi kedua-dua suspek diberkas.

“Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama enam hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI